Tuesday, January 1, 2008

2 Januari 2008

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Didoakan semoga Puan sihat selalu dan berada dalam peliharaan Allah.

Saya sudah membaca ulasan Puan. Saya rasa bacaan Puan mengenai nilai perlu diperdalam lagi. Cuba layari laman mengenai buku-buku terbaru dalam amazon.com. Cuba lihat apa buku yang ada mengenai nilai.

Kemudian cari buku tersebut dalam perpustakaan di UNITEN dan UKM.

Sila buat temujanji berjumpa saya dalam masa dua minggu.

3 comments:

HBM Consultant said...
This comment has been removed by the author.
HBM Consultant said...

Wa'alaikummussalam Prof.,

Terima kasih di atas pandangan dan cadangan yang diberikan. Saya akan dapatkan buku-buku seperti yang Prof. cadangkan.

Insya Allah, sekiranya Prof. tidak berhalangan, saya akan datang berjumpa dengan Prof. untuk sesi perbincangan pada 16 Januari 2008 (Rabu) jam 10am. Sekiranya Prof. tidak berkelapangan pada tarikh tersebut, saya akan pilih tarikh lain kemudiannya.

Semoga Allah permudahkan segala urusan. Terima kasih sekali lagi.

Marniyati binti Mohd. Nor
2 Januari 2008

HBM Consultant said...

Assalamualaikum wbt Prof.,
Semoga sentiasa sejahtera dan dipermudahkan segala urusan oleh Nya...

Untuk makluman Prof., saya telah mula membuat draf awal untuk tajuk cadangan penyelidikan (proposal). Hampir 80% daripada cadangan asal (sebelum mendaftar di UPSI) dulu telah saya rombak hasil penilaian semula selepas beberapa sesi perbincangan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, saya semakin kabur dengan 'apa sebenarnya yang saya mahu lakukan'? Membuat modul KI? Memfokus kepada P&P Kemahiran Insaniah? atau memfokus kepada P&P Bahasa Melayu (dengan KI sebagai agendanya)?

Saya telah menetapkan 3 persoalan berikut yang akan mendasari penyelidikan saya :

1. Apa sebenarnya kemahiran insaniah?
2. Boleh atau tidak kemahiran insaniah diajar melalui kursus BM (yang merupakan kursus wajib) di IPTS?
3. Apakah modul yang boleh digunakan untuk pendidikan kemahiran insaniah melalui kursus bahasa tersebut?

Saya mohon pandangan daripada Prof. sama ada saya ini berada pada landasan yang betul atau telah tersasar dari yang sepatutnya?

Semoga kekeliruan saya akan terlerai nanti. Terima kasih Prof.

Marniyati binti Mohd. Nor
7 Januari 2008