Thursday, February 7, 2008

6 Februari 2008

Pertemuan 6 Februari membincangkan perkara berikut:

1. Melihat hasil kajian awal, iaitu mencari maklumat tentang soft skills yang diperlukan oleh jabatan kerajaan dan syarikat:

Hasilnya seperti berikut:

PILOT STUDY

(soft skills yang diperlukan oleh graduan dari perspektif firma)

MAXIS COMMUNICATIONS BERHAD

(fokus utama : pelanggan & work as a team)

  1. Eksekutif Marketing Database

- Kemahiran komunikasi yang baik – meyakinkan orang lain, penuhi keperluan pelangan

- Pengawasan kerja minimum

- Kemahiran kepimpinan – mengendalikan pasukan, menyelesaikan masalah

- Pengurusan diri – pengurusan masa dan pengurusan stress

  1. Eksekutif Maxis Centre (berorientasikan khidmat pelanggan)

- Kemahiran komunikasi – meyakinkan pelanggan, skill promosikan produk, baik dalam perhubungan pelanggan, boleh membuat pembentangan dengan baik, bijak ambil hati pelanggan (penuhi keperluan pelanggan dan selesaikan masalah pelanggan)

- Pengurusan diri – menepati masa (deadline focus), pengurusan stress, waktu bekerja fleksi

- Bermotivasi tinggi

- Kemahiran kepimpinan – boleh kendalikan sesi latihan staff

  1. Jurutera Software Maxis (Maxis Software Engineer)

- Kemahiran menguruskan pasukan.

- Kemahiran membuat pembentangan

  1. Maxis Graduate Trainee Proggramme

- Kemahiran komunikasi dan kemahiran interpersonal yang baik

- Berinisiatif dan bermotivasi tinggi

- Kemahiran kepimpinan dalam aktiviti ko kurikulum

- Kesanguppan belajar

  1. Fresh Graduates Position

- Kemahiran kerja berpasukan

- Kemampuan bekerja dengan pantas – cekap

- Kemahiran komunikasi – boleh menguruskan panggilan telefon, menguruskan komen pelanggan 24 jam sehari, bertanggung jawab ke atas kerahsiaan pelanggan

- Boleh berbahasa Melayu, Inggeris dan Cina dengan baik

CIMB BERHAD

(fokus utama : pelanggan)

- Kemahiran komunikasi – boleh berurusan dengan baik dengan anggota kerja dan pelanggan, menjaga perhubungan pelanggan

- Boleh bekerja secara berpasukan

- Kemahiran kepimpinan

- Kemahiran interpersonal - bermotivasi tinggi, bertenaga dan bijak, kreatif, kesanggupan belajar dan berintegriti

- Boleh berbahasa Melayu dan Inggeris dengan baik

CARREFOUR

(fokus utama : pelanggan)

- Personaliti yang baik – sopan, hormat, mampu selesaikan masalah pelanggan, boleh memujuk pelanggan, meyakinkan pelanggan dan memenuhi keperluan pelanggan.

- Ada kemahiran menggunakan bahasa badan. Juruwang giant tidak senyum

- Boleh berbahasa Melayu dan Inggeris dengan baik

- Boleh bekerja secara berpasukan


Perlu dimasukkan hasil temu duga dengan pihak Sumber Manusia di INTAN.

2. Juga perlu dihantar bahan bacaan elektronik yang lain.

3. Masih perlu membaca 2 buah buku teks mengenai Soft Skills.


Persepsi awal.

1. Tidak serupa seluruhnya dengan KI yang diajukan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.

2. Fahami maksud teori.

3. Lakarkan cadangan penyelidikan.




Wednesday, February 6, 2008

7 Februari 2007

Puan Marniyati

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semoga Allah memberi Puan kesihatan dan kesejahteraan.

1. Sila betulkan.

Justeru, penyelidikan ini dijalankan di atas (tidak perlu ada di) beberapa tujuan berkaitan.

2. Permasalahan kajian ini baik. Boleh menjadi lebih baik apabila dimasukkan kajian yang dilakukan terhadap INTAN, Carrfour, CIMB dan ?

3. Soalan tambahan.

Menilai rancangan dan, pendekatan dan kaedah mengajarkan KI yang diwajibkan kepada semua universiti.

Mencari kaedah mengajarnya?

Memutuskan sama ada perlu diajar oleh semua orang, dalam komunikasi sahaja, atau selepas berijazah?

Apa kandungan kursus?

Apa latihannya?

Siapa gurunya?

Apa maklumat dan kemahiran yang perlu ada pada guru KI?

Teruskan menghadiri kuliah En. Idris.

Perlu belajar membuat teori.

Membuat soalan.

Menjalankan kajian seterusnya melalui penyelidikan, (cuba elakkan survei dan soal selidik yang dipos suoaya dapat jawapan.) Cara begini tidak menjamin ketepatan.

Cari buku KI di kedai buku seperti MPH, Kinokunya dan Amazon.com.

Sila hantar melalui emel makalah yang ditunjukkan kepada saya semalam supaya dapat saya masukkan ke dalam blog ini.

Wassalam