Saturday, December 22, 2007

23 Disember 2007

Assalamu alaikum Puan,

Cuba semak kembali tentang kemahiran berfikir kreatif dan kritis. Adakah ini betul-betul ada dalam 'buku' atau keluar daripada ungkapan biasa didengar?

Creative and critical thinking do not go together in many text books!

Daripada sini, sila senaraikan buku-buku mengenai kemahiran insaniah.

Gunakan buku sebagai sumber rujukan dan asas dalam membina konsep.

Bandingkan dengan KI Kementerian Pengajian Tinggi.

Kemudian jangan lihat lagi buku KI Kementerian Pengajian Tinggi.

Teruskan pembacaan dalam bidang KI yang sebenarnya, BUKAN KI Kementerian Pengajian Tinggi.

Serius. Lihat bahagian integriti yang menyokong kemahiran insaniah. Bahagian (b) itu bukan etik. Daripada buku mana Puan dapat?

Nyatakan semua sumber.

Sumber internet cukup hanya untuk langkah permulaan. Kemudian bacalah buku ilmu.

Semak buku mengenai 'values and ethics' yang bertarikh antara 2000 - 2009.

Sila dapatkan definisi nilai dan etik.

Prof. Abdullah Hassan

Tuesday, December 18, 2007

19 Disember 2007

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Puan Marniyati

Semua ulasan Puan diterima dan difahami.

Sila masukkan maklumat mengenai bacaan sekiranya ada.

Pesanan penting.
Sila gunakan bahasa Melayu Tinggi pada setiap masa apabila berurusan dengan saya. Bahasa Melayu Tinggi adalah bahasa persuratan yang seharusnya digunakan oleh orang terpelajar dengan orang terpelajar lain dalam wacana intelektual. Dengan perkataan lain, gunakan bahasa berbudaya tinggi yang sempurna.

Yang benar

Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Wednesday, December 12, 2007

13 Disember 2007

Sila hantarkan alamat emel Puan kepada saya

Apa itu Kemahiran Isaniah?

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Yang dihormati Puan Marniyati semoga dalam peliharaan Allah,

Blog ini saya buka khusus untuk Puan berhubung dengan saya. Pada saya penyeliaan berterusan adalah sangat penting bagi membolehkan Puan menguasai bidang ini dan menjalankan sebuah penyelidikan yang dapat memberi sumbangan kepada pengajaran kemahiran insaniah.

Ini adalah jadual yang saya fikir sesuai untuk Puan.

1. 10 Disember 2007 - 31 Mac 2008

Membaca dan memahami kemahiran insanih.

Bertemu saya satu hari pada setiap minggu. Sila tentukan hari dan masa yang sesuai.

Berbicara tentang bahan bacaan.
a. definisi kemahirn insaniah, membaca secara mendalam
b. apa ruang lingkup kemahiran insaniah.
c. apa yang menjadi bahan sukatan pelajaran kemahiran insaniah.
d. membuat tinjauan melalui buku-buku mengenai kemahiran insaniah.
e. membuat tinjauan melalui internet mengenai kemahiran insaniah yang diajarkan di sekolah dan universiti di negara-negara lain.
f. melihat apa kandungan kursus kemahiran insaniah yang diajarkan dalam bengkel atau kursus dalam perkhidmatan yang dilaksanakan oleh syarikat yang menawarkan kemahiran insaniah.
g. meninjau keperluan kemahiran insaniah sebagai keperluan hidup dalam masyarakat.
h. meninjau kemahiran insniah yang diperlukan dalam pekerjaan seharian sama ada dalam syarikat besar atau kecil.

2. Mac 2008

Melihat sumber-sumber agama.

a. berbincang dengan pakar hadith dan Quran bagi menyemak konsep-konsep ini dalam agama Islam.
b. membaca terjemahan hadith dan al-Quran, dan melihat apa yang ada dalam sumber agama Islam.
c. membaca Sirah-Sirah Nabi, Tabiin, dll. bagi melihat contoh kemahiran insaniah.

3. April 2008

Melihat keperluan dan terapan pembelajaran kemahiran insaniah di Malaysia.

4. Mei 2008

Menulis dan menyampaikan cadangan penyelidikan.

4. Mei 2008 - Mei 2009

Membuat bacaan lebih mendalam mengenai judul yang akan dikaji.

Menjalankan penyelidikan.

Membuat analisis dan menulis.

5. Mei 2010 Menyerahkan tesis untuk diperiksa