Wednesday, February 6, 2008

7 Februari 2007

Puan Marniyati

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semoga Allah memberi Puan kesihatan dan kesejahteraan.

1. Sila betulkan.

Justeru, penyelidikan ini dijalankan di atas (tidak perlu ada di) beberapa tujuan berkaitan.

2. Permasalahan kajian ini baik. Boleh menjadi lebih baik apabila dimasukkan kajian yang dilakukan terhadap INTAN, Carrfour, CIMB dan ?

3. Soalan tambahan.

Menilai rancangan dan, pendekatan dan kaedah mengajarkan KI yang diwajibkan kepada semua universiti.

Mencari kaedah mengajarnya?

Memutuskan sama ada perlu diajar oleh semua orang, dalam komunikasi sahaja, atau selepas berijazah?

Apa kandungan kursus?

Apa latihannya?

Siapa gurunya?

Apa maklumat dan kemahiran yang perlu ada pada guru KI?

Teruskan menghadiri kuliah En. Idris.

Perlu belajar membuat teori.

Membuat soalan.

Menjalankan kajian seterusnya melalui penyelidikan, (cuba elakkan survei dan soal selidik yang dipos suoaya dapat jawapan.) Cara begini tidak menjamin ketepatan.

Cari buku KI di kedai buku seperti MPH, Kinokunya dan Amazon.com.

Sila hantar melalui emel makalah yang ditunjukkan kepada saya semalam supaya dapat saya masukkan ke dalam blog ini.

Wassalam

1 comment:

HBM Consultant said...

Wa'alaikummussalam Prof.,

Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Insyaallah, saya akan perbaiki lagi permasalahan dan soalan kajian saya nanti.

Saya telah pun menghantar makalah (ringkasan laporan pilot study) kepada Prof. melalui email. Insyaallah, saya akan memaklumkan kepada Prof. senarai buku rujukan yang digunakan dari masa ke semasa.

Semoga Allah permudahkan segala urusan. Terima kasih sekali lagi.

Marniyati binti Mohd. Nor
8 Februari 2008