Tuesday, December 18, 2007

19 Disember 2007

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Puan Marniyati

Semua ulasan Puan diterima dan difahami.

Sila masukkan maklumat mengenai bacaan sekiranya ada.

Pesanan penting.
Sila gunakan bahasa Melayu Tinggi pada setiap masa apabila berurusan dengan saya. Bahasa Melayu Tinggi adalah bahasa persuratan yang seharusnya digunakan oleh orang terpelajar dengan orang terpelajar lain dalam wacana intelektual. Dengan perkataan lain, gunakan bahasa berbudaya tinggi yang sempurna.

Yang benar

Prof. Emeritus Abdullah Hassan

2 comments:

HBM Consultant said...

Assalamualaikum Prof.,

Saya sedang membuat rumusan keseluruhan tentang definisi kemahiran insaniah yang saya perolehi dari laman Google dan beberapa sumber yang lain. Insyaallah, saya akan meletakkan maklumat bacaan itu di sini apabila selesai nanti.

Terima kasih, Prof.

HBM Consultant said...

4 komponen kemahiran insaniah :

1.Kemahiran Individu (Personal Skills).
2.Kemahiran Sosial (Social Skills).
3.Kemahiran Komunikasi (Communication Skills).
4.Kemahiran Teknikal (Technical Skills).

* Kemahiran insaniah bernilai tambah adalah apabila individu mampu menggunakan kombinasi lebih daripada satu kemahiran insaniah yang tersenarai ketika berinteraksi.
* Integriti pula merupakan satu komponen penting yang menyokong kemahiran insaniah.



Huraian 4 Komponen Kemahiran Insaniah :

1.Kemahiran individu
-Sikap yang positif – sentiasa memiliki rasa ingin tahu, berkeyakinan, bermotivasi tinggi.
-Mampu menguruskan masa dengan baik.
-Pengurusan diri – mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran dan mampu menguruskan tekanan.
-Memiliki cirri-ciri kepimpinan – mampu menjadi ketua, menguruskan ahli kumpulan dan mampu memberikan kerjasama yang baik ketika menjadi ahli biasa.
-Memiliki esteem diri – penuh keyakinan, rasa hormat dan mampu menjaga perhubungan dengan baik.
-Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

2.Kemahiran sosial
-Memiliki sikap mesra dan mudah bergaul dengan masyarakat umum.
-Tidak bermasalah untuk berhubung dengan sesiapa (walaupun dengan individu yang tidak dikenali).
-Mampu menerima, memahami dan bekerjasama dengan individu lain yang berbeza fahaman serta budaya hidup.
-Kerjasama berkumpulan – ada semangat berpasukan, bekerjasama dalam pembinaan dan pengurusan pasukan.

3.Kemahiran komunikasi
-Memiliki cirri-ciri kemahiran komunikasi interpersonal yang baik iaitu mengetahui, memahami, menghargai dan menghormati.
-Memiliki kemahiran komunikasi bukan lisan yang merangkumi kemahiran komunikasi bertulis dan kemahiran komunikasi bukan lisan.
-Mampu mendengar dengan aktif dan memberikan maklum balas dengan empati.
-Memiliki kemahiran berunding dengan orang lain.
-Memiliki kemahiran menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan dan membuat keputusan dengan baik.
-Memiliki kemahiran pengucapan awam.
-Memiliki kemahiran dalam pengurusan rangkaian perniagaan yang merangkumi kemahiran mengendalikan temuduga, mesyuarat, perniagaan (jual beli) dan sebagainya.

4.Kemahiran teknikal
-Memiliki kemahiran menggunakan rangkaian internet.
-Memahami penggunaan system perisian berkomputer.
-Boleh menggunakan kemudahan multimedia dalam penyampaian atau pengucapan awam.
-Mampu menguasai atau menggunakan kemahiran mikro computer dengan baik.

Integriti Sebagai Komponen yang Menyokong Kemahiran Insaniah :

a.Akhlak dan Moral
–Perlakuan dan personaliti individu.
–Peribadi yang sopan.
–Kejujuran dan kepercayaan.
–Amanah, telus, benar, adil dan bersyukur.

b.Etika
–Mematuhi peraturan dan garis panduan dalam kehidupan.
–Mematuhi undang-undang.
–Menghormati perlembagaan.