Sunday, January 20, 2008

21 Januari 2008: Permasalahan Kajian

Puan Marniyati

Assalamu alaikum,

Cuba Puan fikirkan tentang "permasalahan kajian" yang hendak Puan selidik. Nyatakan dalam 100 perkataan.

Masukkan ke dalam "comments."

Saturday, January 19, 2008

20 Januari 2008

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Supaya Puan tiak keliru mengenai definisi soft skills, sila baca:

1. Entri soft skills dalam Wikipedia. Buat ringkasan dan masukkan ke dalam ulasan dalam blog ini.
2. Soft skills dalam mana-mana syarikat yang melatih soft skills. Buat ringkasan dan masukkan ke dalam blog ini.
3. Dan sebuah buku sahaja mengenai soft skills. pastikan buku ini diterbitkan selepas 2004. Baca seluruh buku bagi menapatkan maklumat. Buat ringkasan dan kritikan, dan masukkan ke dalam blog ini.

Kemudian bincangkan dengan saya definisi dan unsur-unsur soft skills daripada ketiga-tiga sumber ini. Ini perlu dilakukan sebelum membuat kertas cadangan.

Prof. Abdullah Hassan

Tuesday, January 8, 2008

9 Januari 2008

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sila datang selepas 12 tgh. Saya ada urusan meneu duga profesor baharu.

Prof. Abdullah Hassan

Tuesday, January 1, 2008

2 Januari 2008

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Didoakan semoga Puan sihat selalu dan berada dalam peliharaan Allah.

Saya sudah membaca ulasan Puan. Saya rasa bacaan Puan mengenai nilai perlu diperdalam lagi. Cuba layari laman mengenai buku-buku terbaru dalam amazon.com. Cuba lihat apa buku yang ada mengenai nilai.

Kemudian cari buku tersebut dalam perpustakaan di UNITEN dan UKM.

Sila buat temujanji berjumpa saya dalam masa dua minggu.

Saturday, December 22, 2007

23 Disember 2007

Assalamu alaikum Puan,

Cuba semak kembali tentang kemahiran berfikir kreatif dan kritis. Adakah ini betul-betul ada dalam 'buku' atau keluar daripada ungkapan biasa didengar?

Creative and critical thinking do not go together in many text books!

Daripada sini, sila senaraikan buku-buku mengenai kemahiran insaniah.

Gunakan buku sebagai sumber rujukan dan asas dalam membina konsep.

Bandingkan dengan KI Kementerian Pengajian Tinggi.

Kemudian jangan lihat lagi buku KI Kementerian Pengajian Tinggi.

Teruskan pembacaan dalam bidang KI yang sebenarnya, BUKAN KI Kementerian Pengajian Tinggi.

Serius. Lihat bahagian integriti yang menyokong kemahiran insaniah. Bahagian (b) itu bukan etik. Daripada buku mana Puan dapat?

Nyatakan semua sumber.

Sumber internet cukup hanya untuk langkah permulaan. Kemudian bacalah buku ilmu.

Semak buku mengenai 'values and ethics' yang bertarikh antara 2000 - 2009.

Sila dapatkan definisi nilai dan etik.

Prof. Abdullah Hassan

Tuesday, December 18, 2007

19 Disember 2007

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Puan Marniyati

Semua ulasan Puan diterima dan difahami.

Sila masukkan maklumat mengenai bacaan sekiranya ada.

Pesanan penting.
Sila gunakan bahasa Melayu Tinggi pada setiap masa apabila berurusan dengan saya. Bahasa Melayu Tinggi adalah bahasa persuratan yang seharusnya digunakan oleh orang terpelajar dengan orang terpelajar lain dalam wacana intelektual. Dengan perkataan lain, gunakan bahasa berbudaya tinggi yang sempurna.

Yang benar

Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Wednesday, December 12, 2007